Gigih berusaha mendapatkan anak!!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Semalam di Fb News Feed ternampak status dua orang isteri tentang kesunyian hidup tanpa anak dan betapa teringinnya menjadi ibu. Kalau tak silap aku usia perkahwinan mereka hampir mencecah 4-6 tahun. Berbicara tentang soal rezeki mendapat anak ni amat sukar sekali.Tak kirala dalam talian mahupun face to face. My sis in law anak dah nak masuk dua. My adik yang bunting pelamin masa baru kahwin hari tu pun tengah mengandung anak kedua juga. Kawan2 yang lambat kahwin pun semua dah mengandung dan dah ada anak kandung sendiri. Bila dengar khabar berita ada kawan2 atau orang terdekat yang mengandung, terasa sayu dalam hati. Google je tentang tips mendapat anak, memang berjela keluar. Tak lupa tentang bermacam2 jenis rawatan tak kirala secara moden, Islam mahupun secara kampung semua akan terpapar sekali. Ada yang berkesan bagi sesetengah orang namun ada juga yang berhabisan puluhan ribu namun tiada hasil.

Masa kenduri tahlil dekat rumah my mom ritu, ada makcik ni tanya 'Masih sorang ke?'. Marah juga dalam hati, yela tak nampak ke memang duk sorang, mesti xde anak lagi. Kalau ada anak, aku usung ke sana ke mari dah. My family or my in law pun takde dok sibuk2 tanya, orang luar pula yang suka ambil tahu. Yela bila nak ada anak bukan kita nak tahu, kan kerja Tuhan. Kadang2 nak je jawab macam ni tau 'Kalau nak tahu sangat pergi la tanya Tuhan sana'. Tapi kang nanti cakap kurang ajar pulak. Kadang2 menangis juga dengan hubby tentang isu anak ni. Syukur hubby seorang yang memahami.

Tapi situasi ini berlaku dulu, sekarang alhamdulillah dah tak nangis dah.
Redha.

Kalau datang period ucap 'Alhamdulillah', sekurang2nya period datang. Kalau tak datang lagi pening kepala. Duk nak buat upt jak tp tetap negatif. Kan buat runsing saja.uhu
Kalau orang tanya, aku jawab inshaAllah tahun 2014 adalah. Amin
Kalau berdepan dengan mulut yang celupar, aku jawab 'Kita ni bukan selalu dapat apa kita nak. Takut2 nanti jadi orang tak bersyukur. Kan Allah yang bagi rezeki, kita dah berusaha. Siapa kita nak pertikai apa Allah bagi'. *Mesti org tu senyap sudahnya*

Sentiasa tanamkan dalam hati rezeki itu pasti ada, cuma belum tiba lagi. Mungkin Allah merancangkan sesuatu yang terbaik untuk kami. Cuba cari hikmah di sebalik setiap kejadian. Jangan asyik fikir tentang kekurangan yang ada tapi lihat apa yang Tuhan telah beri.

Secara positifnya:

1. Sekurang2nya aku dah kahwin, dah melayari bahtera perkahwinan. Cuba lihat rakan2 sekeliling kita, masih ada yang mencari2 lagi pasangan hidup. Masih ada yang bergelumang dengan dosa pergi dating sana sini. Tak lupa ada perempuan yang telah menjangkaui usia 30an namun masih keseorangan. Terfikir x betapa beruntungnya kita sudah lepas satu step untuk dapat zuriat? Allah cepatkan jodoh kita dengan suami. Jadi kena sabar tunggu jodoh kita dengan anak pula.

2. Alhamdulillah dikurniakan suami yang penyayang, merokok pun tidak, suka duduk kat rumah dengan isteri, insyaAllah seorang yang beriman dan tak pandang perempuan lain. Tak rasa kurang kasih sayang pun walau takde anak lagi. Cuba fikir, kalau ada anak pun tapi suami buat hal pun tak guna k.

3. Tuhan bagi waktu yang lebih untuk menimba ilmu pengetahuan tentang penjagaan anak, tentang ilmu rumahtangga mahupun ilmu lain. Yela, kalau tak kerana lambat dapat anak, agak2 ada ke nak ambil tahu ilmu tentang waktu subur, tentang cervical fluid, tentang kedudukan servik mahupun tentang penjagaan makanan. Kalau tak diduga lambat dapat anak, entah2 kita buat tak tahu je. Kedudukan serviks atau rahim pun tak tahu kat mana kan. Punya lebih waktu untuk bersama pasangan yang baru dikahwini, punya lebih masa untuk mengenali pasangan. Ada orang lepas kahwin, baru nak menyusun hidup terus dapat anak. Yang punya kesabaran tinggi, yang telah bersedia tidak menjadi masalah tetapi bagaimana pula yg masih belum bersedia untuk menjaga/mendapat anak, sudahnya suami isteri hilang kesabaran dan bercerai. 

4. Punya waktu lebih untuk simpan duit untuk anak2, untuk masa depan. Boleh buat perancangan awal tentang soal kewangan.Mungkin boleh buat umrah dulu, mana tahu lepas tu rezeki anak mencurah2. Tapi nak g umrah kena niat beribadah buat niat nak dapat anak ya.

5. Masih ramai di luar sana yang memang gigih ber TTC. Buka aku sorang je yang berusaha, masih ramai lagi yang mengharungi dugaan ni. Apalah sangat usaha 1 tahun aku nak dibandingkan dengan orang yang telah berusaha nak dapat anak 5-10 tahun. Mereka lagi lama bersabar nak dibandingkan dengan aku. Setiap usaha tak kiralah 1 tahun mahupun 10 tahun harus dihargai. Jadi kena banyakkan bersabar dan berdoa.

6. Kalau ada anak pun tapi anak buat hal, buat perangai, baik tak payah ada anak. Kalau ada anak yang boleh mendoakan ibubapa alhamdulillah tapi kalau anaknya keras kepala, degil tak dengar kata susah juga. Yela, ada ibubapa yang dah cukup sempurna, beriman tapi anak pula bawa masalah dalam keluarga. Tetapi anak yang baik tidak menjamin akan mendoakan ibubapanya, begitu juga sebaliknya. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Mungkin anak yang buat perangai itula nanti yang selalu mendoakan ibubapanya atau sebaliknya. Tapi semua orang berharap anak dapat menjadi saham di alam kubur nanti.

7. Pernah lihat satu rancangan motivasi. Kata penceramah itu, bukankah baik tidak punya anak, nanti di akhirat Tuhan takkan bertanya tentang bagi pendidikan sempurna tak pada anak, hal keagamaan diajar tak pada anak. Yela, anak tu kan amanah. Pasti di sana akan di soal nanti. Kalau tak jaga betul2 anak, macamana nak jawab depan Tuhan nanti. Betul tak?


Orang luar cakap memang senang, sabar...sabar...tapi yang mengharungi kita sendiri. Jadi kenala pujuk hati sendiri. Cuba lihat sekeliling kita ya, banyak perkara boleh disyukuri. Jangan dituruti perasaan sangat nanti boleh dapat penyakit kemurungan pula. Anggap je kata2/perlian orang macam angin saja. Masuk dalam kepala pun tidak, masuk dalam hati pun tidak. Banyak2kan bersabar dan berdoa. Saling sama menyokong pasangan kita. Jangan salah menyalahi antara suami isteri kerana semua terletak di tangan takdir. Aku banyakkan membaca buku motivasi supaya boleh pujuk hati sendiri. Aku nak kongsi satu petikan yang aku baca, semoga bermanfaat dan memberi dorongan untuk para2 suami isteri yang gigih berusaha untuk mendapatkan anak.

Seorang pesakit bertanya kepada seorang doktor psikoterapi tentang kegellisahan hidup. Doktor Muslim tersebut berkata kepada pesakit tadi: 'Ketahuilah bahawa Allah s.w.t. telah menciptakan makhluk dan mengurusnya. Tidak ada satu gerakan atau desahan nafas pun, kecuali dengan izin Allah. Jika demikian, mengapa harus risau dan gelisah? Sungguh Allah telah menuliskan takdir setiap makhluk 50 ribu tahun sebelum Dia menciptakannya.

Al-Mutanabbi memberi pandangannya tentang hal ini:

Di mata orang yang berjiwa kerdil
Persoalan kecil terasa besar
Di mata orang yang berjiwa besar
Persoalan besara terasa kecil                                         

 ~ La Tahzan Jangan bersedih  | Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan 
[ Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Warni ]

Melalui pembacaan aku, selain dari berusaha secara fizikal dan dalaman, rohani kita pun perlu diisi. Banyakkan bersedekah, banyakkan solat sunat seperti solat sunat Dhuha, solat Tahajud, solat Taubat, puasa sunat dan banyak2 memohon keampunan dari Allah dengan beristighfar, bertakbir dan bertahmid. Selalu maafkan kesalahan orang lain, selalu jalinkan silaturrahim dan sentiasa happy. Jangan sedih-sedih sebab nanti mempengaruhi hormon. Selalu berselawat terutamanya hari Jumaat kerana setiap selawat akan dibalas dengan Allah berselawat (memberi rahmat) kepada kita sebanyak sepuluh kali.

Selagi termampu, gigihla berusaha cuba pelbagai cara untuk memperoleh zuriat. Jangan lupa doa, jangan lupa kesabaran serta berkasih sayang. Apapun yang dilakukan, samada pergi berurut, buat rawatan sana sini, makan ubat macam2 kita haruslah berbalik kepada yang Satu. Bukan rawatan, ubat-ubatan mahupun tukang urut yang menyebabkan kita beroleh anak tetapi semua atas rahmat dan rezeki dariNya. Kita manusia sekadar berusaha dan bertawakal. Sesungguhnya Allah telah mentakdirkan setiap rezeki dan nasib manusia. Bagi yang tengah buat rawatan, susun kewangan anda sebaiknya. Bagi yang berusaha bersama2 dengan aku, semoga kita semua dilimpahkan rahmat, diberi kemurahan rezeki mendapatkan zuriat sendiri. Bagi yang telah punya zuriat, bimbinglah mereka ke jalan Allah. InsyaAllah beroleh anak yang soleh dan solehah. Amin.. ^_^

10 comments:

  1. Saya pun ngan isteri saya xde anak lg.kami dah 5 thn kahwin.Tapi kami sentiasa yakin rezeki anak akan muncul.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, ada rezeki nanti. Bulan puasa ni berdoa banyak-banyak ^_^

    ReplyDelete
  3. Shahiddan Mazlan: Tq atas cadangan.
    Bab sukar mengandung atau tidak hanya Allah yang tahu. Allah Maha Kuasa, barangkali kami belum bersedia dan masa belum sesuai, sebab itu belum ada rezeki. TQ again ^^

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya baru je kahwin tapi member yang kahwin sama dengan saya dah pregnent. Tapi betol kata akak, semuanya datang dari Allah. Yang penting berdoa kerana nasib manusia boleh berubah dengan doa

    ReplyDelete
  5. salam. apa yang awak rasa sama dengan yang saya rasa. saya sudah 7thn berkahwin tapi masih belum dikurniakan rezeki lagi. memang kadang-kadang kata-kata sinis dari orang sekeliling sangat menikam hati tapi saya pekakkan telinga. Yang penting saya sudah berusaha, berdoa & bertawakkal kepada Allah. selebihnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  6. Effa Eddy: wsalam. Sabarlah dik. Kena kuatkan semangat. Jangan putus asa.

    Terataijingga: wsalam. Kita usaha sama2. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua dapat zuriat tahun 2014. Amin ^^

    ReplyDelete
  7. really inspiring... terpujuk hati dan akan berusaha to stay happy and positive... chaiyokk TTCians sume...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cahiyokkkk2 juga dear fatin amirah. Semoga kita dimurahkan rezeki dapat zuriat tahun 2014. Amin :)

      Delete
  8. blan ni masuk 8 bulan kawin..awal2 kawin dulu xterfikir pun pasal anak, sbb sibuk nak keje, balajar nak jadi wife..tp bila dah start balik kg belah suami..setiap org y ada dekat kampung tu tanya "xde pape lg ke?"..bila dah mcm tu..trus nangis dlm hati..Am I wrong kl x mengandung lepas kawen?? For me, jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki Allah yang bagi.. Siapa kita nak mempersoalkan??, btw..thansk..sbb tamabah kekuatan dalam hati sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah kerana dah 8 bulan kahwin! Biasalah dear mula2 ni ape orang cakap terus masuk dalam
      hati tapi bila lama2 dh jadi lali.Ida kalau tak pergi urut lagi, boleh cari tukang urut.
      Mungkin peranakan tinggi atau rendah sangat.

      Mel ada buat entri pasal ni. Semoga bermanfaat sikit sebanyak.
      [ www.melinblossom.com/2013/09/bidan-kampung.html ]

      Kalau tak check lagi, g hosp buat sperm test [ check suami ] atau TVS untuk isteri.
      Kalau nak cepat dan ada duit lebih boleh buat kat hosp swasta. Kalau rasa boleh tunggu,
      buat kat hosp kerajaan, jadi jimat duit sikit.

      Semoga kita semua murah rezeki dapat zuriat yang baik. Amin

      Delete