Lala Rebus Serai


Alhamdulillah di tempat baru ni makanan laut sangat segar-segar dan mudah didapati. Boleh jumpa udang dijual masih hidup lagi dalam tray. Seronok bukan kepalang mel. Sebelum ini nak masak sedap2 pun tak dapat dek kerana makanan basah tak fresh. Yang boleh jadi sedap pun jadi tak sedap tau.

Mel tak pernah makan lala. Biasa jumpa yang dah siap siang semua. Jadi tak tahu kaedah bersihkan yang sebenar. Mel rendam dalam 30 min dan basuh berulang kali. Perah sikit limau kasturi dan basuh lagi. Kemudian terus masak. Percubaan kali pertama memang tak mengecewakan. Kuahnya benar2 rasa laut. Segar gitu. hihi

Lala Rebus Serai
Resepi: Buku 101 Resepi Pengikat Kasih Mertua - Chef Norzailina

Bahan-bahan:
500ml air
1-2 keping asam gelugur
500g lala
1 batang serai
1sb serbuk pati ayam - mel tambah
Garam dan gula secukup rasa

Bahan hiris:
5 bj bawang merah
3 ulans bawang putih
2 cm halia
5 bj cili padi hijau dan merah - mel tambah

Cara membuat:
1. Tuangkan air ke dalam periuk
2. Masukkan serai
3. Masukkan bahan hiris dan asam gelugur
4. Kacau dan tambah serbuk pati ayam, gula dan garam
5. Akhir sekali masukkan lala. Kacau rata
6. Masak dalam api sederhana hingga mendidih
7. Perlahankan api dan renehkan supaya lala masak


p/s: jangan kacau lebih2, nanti hancur isi lala

1 comment: