Tanam sendiri - Tembikai
Alhamdulillah percaturan menanam tembikai kali kedua ni membuahkan hasil. Sebelum ini maid yang tanam memang menjadi. Lepas tu beberapa kali juga hubby try tanam sendiri tapi tak pernah besar. Pernah tanam sekali dengan pokok labu, tapi kalah pokok tembikai dan mati. Pokok labu cepat besar berbanding pokok tembikai.
Kami kumpul biji tembikai merah setiap kali makan. Gigih dan semangat nak tanam nih. Ada orang keringkan dulu bijinya tapi mel kumpul dalam bekas tepi sink. Lembap2 gitu. After 1-2 minggu baru rajin tanam. Busy uolllsss..
Letak kompos kat atas tanah, buat lubang tengah2 dan kambus balik. Sekali sekala siram. Baja memang tak perlu sebab kompos kelapa sawit ni memang dan cukup nutriennya. Masa balik kampung 2 minggu bulan 4 itu hari kami biar saja. Bukan apa, cuaca di sini kalau siangnya panas sangat, malam insyaAllah akan hujan. Taburan hujan agak banyak di sini.
Tanam biji dari tembikai yang sama tapi buahnya lain warna. Terkejut kami sepulangan dari kampung tengok ia dah keluarkan hasil. Kira punya kira adalah dalam 9-10 biji. Rasanya baru 2 bulan, dah ada hasil. Sangatlah teruja.
Dari yang mel baca, tembikai boleh dipetik dalam tempoh 60-70 hari. Tapi bergantung pada cuaca juga. Kalau cuaca panas, cepatlah masaknya. Kalau ketuk2 rasa kosong, maknanya dah masaklah tu.
Itu hari pak mertua bagi tips kalau nak beli tembikai belum dipotong tengok tangkainya. Dah kering atau hijau lagi. Takut2 yang hijau tu belum masak sepenuhnya. Satu lagi nak beli yang dah dipotong tengok rupanya. Kalau merahnya licin je maka tak manis. Tapi kalau nampak berhablur/bersarang2 sikit insyaAllah manis. Setakat yang mel tengok ni ada kebenarannya tips2 tu.
Makan boleh la tapi x pernah nak tanam sendiri hiii.. Nampak tembikai menjadi c ada seangat pulak nak tanam... Mesti rasa puas hati kan tengok tanaman menjadi
ReplyDeleteseronoknya...berhasil...
ReplyDeleteberbudi pada tanah.... best pula tgk tembikai lepak atas tanah...hehhe
ReplyDeleteada tanah mmg syok menanam...
ReplyDelete