Assalamualaikum. Domain blog mel dah mati. Rasa tak mahu lah hidupkan semula. Jadi blog mel ni masih dalam proses pembetulan. Mengambil masa sikit. Tu yang lama tak berupdate. Kot2 klik link tapi tak dapat jumpa entry lama, gunalah widget search belah kanan di sidebar tu ye.
Tapi bab masak-memasak memang tak boleh tinggal kan. Moh layan siakap tempoyak pekat ni. MasyaAllah memang sedap sangat. Banyak kali dah buat. Mel suka pedas, jadi memang banyaklah cili padi mel letak. InsyaAllah memang selera makan.
Ikan Kerisi Tempoyak Pekat & Kacang Panjang
Resepi: UZ
Bahan:-
2 ekor ikan tenggiri sederhana besar - cuci dan bersihkan, kerat 2.
* 8 tangkai cili padi
* 1 tangkai cili merah
* 3 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 inci kunyit hidup - bahan * ditumbuk halus
5 sudu besar tempoyak - dikisar dgn 1/2 cawan air
1 - 2 keping asam gelugor (ikut kemasaman tempoyak)
3 cawan air
sedikit gula
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
6 urat kacang panjang - dipatah2 3 inci pjg
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk serta tempoyak yang dikisar tadi dan masak hingga naik bau dengan api sederhana.
Masukkan air dan biarkan mendidih sebentar.
Terus masukkan ikan dan asam gelugor. Reneh dengan api perlahan.
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan seimbangkan rasanya bila ikan masak.
Masukkan kacang panjang dan biarkan sebentar. Tutup api dan hidangkan.

Wahhhaaa..kecur je akk tgk lauk tu...
ReplyDeleteSalam mel.. kat atas tu siakan, kat tajuk kerisi, kat resepi tenggeri.. hahaahha.. yg mana satu yg betul tu. kih kih...
ReplyDeletestok tempoyak yiller.. uuuu uuu. sedihnyer.. sblm beranak dulu penuh peti ngan stok tempoyak. dah balik kg lama bersalin n pantang, semua sedekah kat org. tunggu nx musim durian la utk re-stok tempoyak.
Wsalam..haha.mel copy paste je.internet slow, xdapat perbetul .yg penting tajuk ada betul siakap..kekekee
Deletesalam singgah mel.. domain tu apa.. jakun sikit ..pernah dengar...
ReplyDeleteanyway tak pernah masak ikan siakap dengan tempoyak .. mesti sedap ni