Mini Iron
Assalamualaikum.Selamat tahun baru 2015.
Ada buat azam tahun baru ke? Atau lanjutkan saja azam tahun2 sudah yang tak tercapai?
Kalau ada antara azam tu nak pergi melancong, bolehlah labur duit sikit beli mini iron ni.
Travel iron yang sangat kecil dan mudah dibawa ke mana2.
Mel ni kekadang ada urusan di Bintulu, malas nak balik rumah maka hinggaplah di mana2 hotel. Sangat bahaya sebab lampu jalan langsung tiada sepanjang perjalanan. Bertambah pula kalau berdepan dengan hujan. Satu lagi selalu ulang alik Sarawak-Semenanjung, jadi memang sangat perlu la travel iron ni. Nak iron produk2 kecil menjahit pun boleh.
Kecil2 cili padi. Besar tapak tangan saja tapi tahap kepanasan jangan main2.
Bolehlah nak iron baju2 biasa kita pakai tu. So far mel guna memang memuaskan hati. Sebenarnya sangatlah suka! Senang nak bawa dan tak berat.
Dulu beli kat Lazada. Sehari selepas order saja dah sampai. Mel kalau nak beli apa2 online suka bayar awal2 pagi, insyaAllah petang dah jalan dan esoknya sampai Bintulu. Beli kat lazada sebab sellernya sama dengan mel beli mesin jahit dulu. Jadi tak la ragu2 la.
Tapi boleh beli direct dari seller tu, LSN. Sekarang tengah ada mega sale. Murah sikit. Disertakan dengan cawan plastik dan beg. Jangan lupa dapatkannya!
comelnya mini iron tu..senang la bawa travel kan :)
ReplyDeleteselamat tahun baru 2015 mel..moga tahun ni bakal mencoret catatan indah buat kita semua..