Chest Freezer
Assalamualaikum. Akhirnya yang dinanti, yang diimpi telah tiba.
Chest freezer
Kebiasaan mommy di luar sana beli untuk simpan Expressed Breast Milk (EBM), tapi mel beli nak simpan daging ikan ayam semua. Ecehh..macam banyak sangat ikan ayam semua sampai beli freezer ha..
Mel kan bawa daging berkilo-kilo dari Semenanjung. Itu tak campur dengan stok keropok lekor. Tak campur lagi dengan stok daging ayam yang company beri semasa musim perayaan. Lagi satu, sini mana ada pasar tani jual ikan ayam. Jauh dari bandar kan. Jadi stok makanan haruslah banyak. Pastu sekarang duk menggila membuat frozen food. Apalagi memang tak cukup la peti ais yang sedia ada tu.. Bercampur2 stok kuih dengan lauk pauk. Kekadang tu donut pun bau ikan..adehhh
Ku pujuk laling belikan satu.
Padahal tak lama dah duk Sarawak ni..
Laling pun layankan saja
Boleh cenggitu? hehe
Ada bermacam2 jenama yang tersedia. Antaranya jenama Cornell, Elextrolux dan macam2 lagi jenama yang tak pernah dengar pun ada. Setelah di survey, di window shopping, ini yang menjadi pilihan
Produk: Chest freezer
Jenama: Morgan
Harga: RM800
Saiz: 175 liter
Warranty motor: 5 tahun
Lain fungsi: Beroda | Suhu boleh ubah | Kunci | Mudah dibersihkan | Cepat beku
Bagi yang baru pindah Bintulu ni, boleh survey di kedai2 yang sebaris dengan Pasar Utama Bintulu.
Berhampiran dengan sebuah kedai buku di situ. Memang banyak kedai elektrik.
Yang ada kenderaan sendiri, Hilux boleh bayar cash dan angkut terus ke rumah!
bestnya kan ada freezer ni...macam2 benda boleh simpan dan stok di dalam..hihi
ReplyDeletemmg berguna ada dp ni
ReplyDelete