بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Perkongsian satu kisah mengenai doa. Kadang-kadang kita
berdoa tetapi doa kita tak dimakbulkan atau terhijab. Semoga kisah ini menjadi panduan dalam
hidup kita.
Kisah Nabi Musa a.s:
Ada satu zaman terjadinya kemarau yang sangat panjang. Tiada
hujan, tumbuhan semua mati dan nak makan pun susah. Jadi Nabi Musa a.s.
mengumpulkan umat ketika itu seramai 70 ribu umat untuk buat solat hajat dan
berdoa kepada Allah. Tapi Allah tak nak dengar doa tersebut. Allah berkata: “Sebelum
kamu berdoa , ada seorang dari kamu yang telah berbuat dosa dan maksiat selama
40 tahun, sebab dia seorang Aku tak turunkan hujan, sebab dia seorang ini Aku
tak makbulkan doa”. Mendengarnya Nabi Musa a.s. berkata: “Wahai orang yang
telah berbuat maksiat 40 tahun kepada Allah s.w.t. sebab kamulah hujan tak
turun, maka keluarlah kamu dari kumpulan kami”.
Orang ini mendengar, dia rasa malu sangat-sangat. Ya Allah
selama 40 tahun aku berbuat dosa, Kau sembunyikan siapa aku, Kau tak tunjuk
pada orang, janganlah hari ini Kau tunjukkan muka aku. Aku malu sangat-sangat
dengan dosa-dosaku. Orang ini menutup mukanya dengan kain kelubungnya, Ya Allah
hari ini aku taubat sungguh-sungguh pada Engakau Ya Allah. Belum sempat habis
ayat dia bertaubat kepada Allah, Allah tahu niat dia, hujan telah pun turun.
Jadi pada ketika itu Nabi Musa a.s. berkata “Ya Allah, Kau
kata di kalangan kami ini ada orang yang berbuat maksiat dan dosa 40 tahun
menyebabkan hujan tidak turun. Tetapi
kenapa tiba-tiba dia tak keluar pun, Engkau dah turunkan hujan?” Allah
menjawab “Sebab dialah orang yang tak taubat tadi Aku tak turunkan hujan dan
sebab dia jugalah, kerana dia dah bertaubat, Aku turunkan hujan”
Jadi selalulah buat solat taubat, istighfar banyak-banyak
supaya doa kita dimakbulkan. Berdoa juga di waktu-waktu yang mustajab seperti pada
waktu hujan dan bermusafir. Orang yang banyak berbuat dosa, Allah susah nak
makbulkan doa. Orang yang paling baik adalah orang yang setiap kali buat silap,
terus bertaubat kepada Allah s.w.t. Mohonlah doa pada Allah, mohon
sungguh-sungguh. Terus baiki diri. Jangan berbuat maksiat kepada Allah s.w.t. agar
doa kita tidak terhijab.
- Tanyalah Ustazah -
- Tanyalah Ustazah -
doa itu satu senjata :))
ReplyDeletetersentuh betul jiwa ini..
ReplyDeleteKerana doa itu pertalian kita denganNya :)
ReplyDeleteSelain terapi jiwa, doa jga senjata buat kta. =)
ReplyDeletesharing is caring..tq! :)
ReplyDeleteGood post! thanks for sharing :)
ReplyDeleteSubhanallah. Islam itu sangat indah. Follow you :p
ReplyDeletedoa merupakan senjata.
ReplyDeletejng putus asa...bila berdoa..
ReplyDeletegood blog.. :) follow u..
ReplyDeletesalam, thanz singgah blog saya..follow saya gak ekk...:)
ReplyDeletelike your post. thanks sudi singgah blog sy. ;D
ReplyDeletedoa itu merupakan senjata,jgn putus asa tuk terus berdoa :) dan thanks cz sudi lawat blog sye :)kunjungan dibalas :)
ReplyDeleteislam itu indah..thanks visit saya..visit kamu balek :)
ReplyDeletepanduan yang baik...
ReplyDeletesebagai pedoman.
terima kasih kerana sudi melawat blog saya. saya melawat blog kamu balik ^_^