Bubur Lambuk


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Lama dah tak pekena bubur lambuk. Last makan pun rasanya tahun lepas. Huh! Sangat lama. Bulan puasa? Tak jumpanya di sini.. Nak makan apa, buat sendiri. Itulah hikmah disebalik ketiadaan gerai makan/restoran yang dekat dengan rumah ni. Aku belajar masak apa saja. Kalau tidak, malas masak je gerenti makan kedai.. Aku rasa kalau tang bubur nak buat senang, letak beras, letak air, garam sikit dan tunggu je masak. Itu kalau yang kosong la, kalau yang ada isi atau rempah tu yang lama sikit membuatnya. Kalau dulu-dulu bubur kebiasaannya hanya dibuat ketika demam saja. Tapi zaman sekarang bila-bila boleh buat bubur, kekadang tu sebagai sarapan pagi pun boleh. Asalkan teringin nak makan, buat saja. Aku buat tengahari semalam. Masa makan hubby kata 'Esok buat bubur asyura pula'. Amboi suamiku! Layanlah resepi mudah ni tapi maintain sedap! Alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri ^^

BUBUR LAMBUK
resipi : K.Nor@SecubitGaram


Bahan :

1 cawan beras

8 cawan air

3 ekor ikan selayang ~ direbus dan diambil isi (lebih kurang 1 cawan isi ikan)

5 biji bawang merah ~ dihiris

3 ulas bawang putih ~ dihiris

1 1/2" halia ~ dihiris btg mancis

2 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk

1 1/2 sudu besar budu

daun2 kg/daun kayu secukupnya

garam

Cara:
Ikan direbus dan diambil isinya kemudian ditumbuk hingga lumat.
Masukkan beras yg dah dibasuh bersih kedalam periuk bersama 8 cawan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan bahan2 yg dihiris dan lada hitam yg ditumbuk.
Isi ikan tadi dibancuh dgn 1/2 cawan air hingga sebati dan masukkan ke dalam periuk bubur.
Masukkan juga budu dan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan daun2 tadi dan masak hingga daun sedikit layu.
Padamkan api. Jangan masak hingga bubur terlalu pekat kerana apabila ia makin sejuk bubur ni akan menjadi bertambah pekat.
Hidangkan panas2.

*Jika nak jadikan bubur lambuk versi lemak, tambah aje santan ke dalam bubur lambuk yg dimasak ya. Sukatan tu terpulang kalau nak bubur lambuk yg pekat dan terasa benar lemaknya, lebihkan santan.

* daun kayu/daun2 kg ni biasanya terdiri dari pucuk paku merah (pucuk midin), daun kaduk, pucuk ubi kayu, ubi keledek, daun kesum, kangkung, daun munggal, daun cekur manis dan beberapa spesis daun2 lagi.

No comments:

Post a Comment