بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Dalam sedar tak sedar sudah seminggu bulan Syawal meninggalkan kita. Begitu juga dengan bulan Ramadan. Dapatkah lagi kita ketemu Ramadan akan datang? Walaupun sudah memasuki bulah Zulkaedah, rasanya masih belum terlewat untuk berkongsi ilmu tentang puasa di bulan Ramadan dan puasa sunat enam di bulan Syawal.
Sedikit perkongsian ilmu sekadar ingatan untuk diri sendiri. Jika ada info yang telah anda ketahui, alhamdulillah sudah punyai ilmu yang berguna, insyaAllah buat sebaik mungkin untuk diamalkan. Jika belum mengetahui, sama-samalah kita menimba ilmu.
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia berpuasa pula sebanyak 6 hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa"
(Sahih Muslim)
Keistimewaan
Salah satu kebaikan/keistimewaan puasa enam di bulan Syawal adalah sebagai latihan. Kita berupaya menahan nafsu berpuasa di bulan Ramadan. Tetapi dikuatiri setelah habisnya Ramadan, syaitan akan serang balik. Jadi nak tahan nafsu, bolehlah kita amalkan berpuasa enam di bulan Syawal. Diikuti dengan puasa sunat di hari Isnin mahupun Khamis.
Bila seelok2nya puasa sunat Syawal dilakukan?
Ada 3 pendapat ulama mengenai isu ini. Yang paling afdal adalah pendapat yang pertama. Puasa sunat Syawal dilakukan pabila masuknya hari kedua bulan Syawal.
a) Hari kedua bulan Syawal, 2 Syawal hinggalah 7 Syawal.
b) 6 hari berturut-turut dalam bulan Syawal
c) 6 hari dalam bulan Syawal, boleh pilih mana2 hari
Puasa Qada vs Puasa Sunat Syawal boleh digandingkan ke tidak?
Banyak ulama bercanggah pendapat mengenai hal ini. Menurut Ustaz Dato’ Dr. Harun Din kita haruslah utamakan yang wajib dahulu sebelum yang sunat. Orang yang ada qada puasa Ramadan, mesti utamakan qada puasa dulu. Qada puasa wajib dilakukan tetapi puasa sunat Syawal sekadar sunat. Kalau buat dapat pahala, tak buat tidak mengapa.
*Ada sesetengah orang tak buat puasa sunat Syawal dan qada puasa pula dilakukan ketika bulan Syaaban, nak dekat2 bulan Ramadan yang akan datang.
* Ada juga orang yang melakukan puasa sunat Syawal tapi puasa qada ditangguhkan hingga ke bulan Syaaban.
Puasa sunat Syawal seeloknya pada 2 Syawal tetapi kena utamakan qada puasa juga. Kalau kita lakukan puasa sunat Syawal dulu, bagaimana dengan qada puasa? Kalau kita lakukan qada puasa dulu, puasa sunat Syawal afdal hari kedua juga. Jadi bagaimana? Kita nakkan yang terbaik untuk kedua2nya. Maka diharuskan untuk menggandingkan puasa qada dan puasa sunat Syawal bersama.
Niat puasa:

" Sahaja aku puasa esok hari, puasa qada Ramadan dan puasa sunat Syawal"
Bagi yang suka menangguhkan qada puasa, tanya diri kita: macamana kalau habis saja Syawal, Allah takdirkan meninggalkan dunia. Macamana dengan qada puasa kita? Nak jawab apa kalau Tuhan tanya? Puasa Syawal yang sunat kita buat dulu tapi qada puasa yang wajib dilewat2kan.
Berpuasa tapi tak solat!
Ada orang yang berpuasa tapi tidak solat. Biasanya orang yang solat mesti berpuasa tetapi tak semestinya orang yang berpuasa itu solat. Kenapa terjadinya sebegini? Semuanya dari kecil. Ibubapa paksa anak2 seumur 6-7tahun untuk puasa tetapi dalam Islam tak suruh pun ibubapa paksa anak2 untuk puasa. Islam menyuruh ibubapa paksa anak2 dari usia 7 tahun untuk solat.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah
mereka (bila tidak mahu) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka
ditempat-tempat tidur"
(HR. Ahmad dan Abu Dawud)
Ramai ibubapa paksa anak2 utk berpuasa so anak2 akan berpuasa tapi tak solat. Selain itu, entahkan iya entahkan tidak anak2 itu puasa. Ada juga yang depan ibubapanya puasa tapi sebenarnya tidak. Secara tak langsung ajar anak menipu juga tanpa ibubapa sedar. Dibolehkan untuk paksa anak puasa tetapi harus seiring dengan solatnya. Jadi jangan paksa puasa tapi paksa solat!
- Ustaz Dato' Dr Harun Din | Tanyalah Ustaz-
No comments:
Post a Comment