Tahukah anda?
Sekiranya sesuatu kemalangan/perlanggaran/accident berlaku, apa yang akan terlibat sama?
Jenis perlanggaran:
1. Perlanggaran kenderaan dengan objek.
2. Perlanggaran pemandu kenderaan dengan objek sekitarnya.
3. Perlanggaran organ dalaman dengan organ dalaman yang lain.
Huraian:
Sesuatu kemalangan yang berlaku tidak kiralah membawa kereta, lori, motorcycle, basikal akan melibatkan perlanggaran dengan objek seperti kenderaan lain, pokok, manusia, bukit dsb.
Perlanggaran kedua melibatkan badan pemandu itu sendiri mengalami perlanggaran dengan apa yang berada di sekitarnya. Jika membawa kereta, mungkin badan/muka pemandu kenderaan akan berlanggar dengan steering kereta mahupun cermin hadapan.
Organ dalaman manusia seperti otak, jantung, hati dsb berada dalam keadaan terapung. Kemalangan yang terjadi akan menyebabkan organ dalaman berlanggar sesama sendiri. Sebab itu ada kes di mana kematian berlaku walaupun pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal. Semuanya disebabkan komplikasi dalaman seperti pendarahan dalaman dan lain2.
- Kamal Affandi Hashim | Pakar penganalisis jenayah -
"Jika anda memandu kereta dalam kelajuan 120km/jam, kereta akan bergerak dalam kelajuan yang sama. Begitu juga anda, anggota badan dan juga organ dalaman anda. Sekiranya kemalangan berlaku, kereta berhenti secara tiba2, bayangkan apa yang berlaku pada organ dalaman anda!"
Berhati-hati di jalan raya. Ingat orang yang tersayang!
No comments:
Post a Comment