بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Salam hari Jumaat. Dengar berita ada tempat di semenanjung hujan sampai banjir. Tapi lain pula cerita di sini panas membahang. Rasanya minggu ni baru sekali hujan. Itupun tengah malam, dengan ributnya sekali hujan datang. Alhamdulillah semalam ada jiran bagi cempedak ni. My mom kata cempedak ni jenis kembar nangka, sebab itu besar. Aku pun tak paham sangat, orang tua je tahu hal-hal ni sebab rajin tanam pelbagai pokok buah-buahan. Orang muda macam aku ni tahu makan je.
Cempedaknya aku ambil untuk digoreng, kulitnya aku buang, isinya aku buat mandai. Mandai ni wajib buat sebab ini masakan orang Banjar. Ayah aku ni asal Kuala Selangor berketurunan Banjar. Mak aku pula keturunan Jawa dari Sungai Besar. Duduk pula di Johor bercampur dengan jiran yang kebanyakannya orang Selangor, Kedah dan orang utara. Jadi pemakanan aku semuanya berdasarkan orang sekeliling aku dibesarkan. Cuma itulah kat tempat aku takde orang pantai timur jadi aku tak kenal masakan dari sana. Yang aku kenal mungkin nasi dagang. Itupun sebab ada satu-satunya orang Pahang depan rumah aku niaga nasi ni. Nasi kerabu aku kenal masa di universiti. Itupun sebab roommate aku merangkap best friend aku yang selalu beli masa bulan puasa. Untunglah sesape yang pindah randah banyak negeri, leh kenal dan rasa macam2 masakan macam aku. Alhamdulillah Tuhan takdirkan aku kahwin dengan orang Terengganu. Lepas kahwin baru aku kenal apa itu singgang dan lemang goreng. Haha
Panjang pula. Mandai ni memang kegemaran aku sesangat! Sedapnya ya ampun toksah cakap lah. Rasanya masin manis2...susah nak explain sedapnya. Makan panas-panas mau bertambah nasi weh. Hubby tak tahu apa namanya tapi katanya pernah makan. Bila dicuba tak cukup pula aku goreng, sedap sungguh katanya. Cempedaknya aku goreng saja, ikut resepi mak aku. Memang makan tak berminyak pun. Agak besar juga cempedaknya, puas kami makan. Alhamdulillah atas kemurahan rezeki Allah bagi. Alhamdulillah atas kesihatan dan kemudahan Allah bagi dapat aku hidangkan juadah sedap untuk suami.
Cempedak dan isi kulit cempedak |
MANDAI GORENG
Bahan:-
Isi kulit cempedak yang telah dibuang kulit hijaunya
Garam
Sedikit air (Jika perlu)
Mandai yang siap digoreng! |
1. Masukkan isi kulit cempedak dalam bekas yang mempunyai penutup.
2. Taburkan garam mengikut kuantiti isi cempedak. ( Aku dapat 1/3 bekas di atas ni, jadi aku letak dalam 3 sb garam)
3. Kacau sebati. Tutup dan simpan di dalam peti ais.
4. Bila ingin digunakan, keluarkan dan terus goreng di dalam minyak panas dalam api yang sederhana. (Tak perlu dibasuh atau diletak sebarang perasa)
:: Jika isi kulit cempedak jenis kering, renjis sedikit air untuk membasahkannya. Bertahan dalam seminggu jika disimpan dalam peti ais.
Resepi: melinblossom
CEMPEDAK GORENG
Bahan - bahan:
Cempedak
3 sb tepung pisang goreng ADABI
2 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
1 sb planta/mentega
1 bj telur- pukul sedikit dulu
Garam
Serbuk kunyit
Air
Kaedah:
1. Campurkan semua bahan kecuali air. Kacau rata
2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sebati hingga adunan menjadi pekat.
3. Goreng keemasan dalam minyak terendam.
4. Hidang
4. Hidang
salam mel.. suka sangat2 makan cempedak gorengg!! tp mmg jakun betul la nengok mandai tu. xpernah jumpa.
ReplyDeleteWslam Tun. Mel pun sukala sangat2 makan cempedak goreng tapi susah nak jumpa. Lain kali ada cempedak, Tun bolehlah buat mandai ni. Sedap di tekak, membazir pun tidak. Cewahhh ^^
ReplyDeleteOO GINI RUPANYA MANDAI.. ADA KAWAN GI UMAH KAWAN KAT SG BESAR MAK DIA WAT MANDAI NI LE .. PENAT KAWAN XPLAIN AKAK X DPT BAYANGKAN.... MAKAN NGAN NASI LAGI TU.. NI PERTAMA KALI AKAK TGK ...
ReplyDelete