Bahagiakah kita?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Assalamualaikum. Sedikit bingkisan yang diperolehi dari Prof Dr Muhaya pagi tadi. Berbicara mengenai bahagia dan membahagiakan. Siaran ulangan tanyalah ustazah hari Jumaat 7 Sept. Aku tak berapa dengar sangat sebab sibuk dengan tugas di dapur. Tapi adalah satu dua part yang aku kusyuk juga mendengarnya. Sangatlah memberi inspirasi. Ilmu yang baik harus dikongsi bersama. Semoga kita semua menjadi wanita yang solehah dan berusaha mendapatkan redha Allah.

Kenapa perlu bahagia?
Hanya orang bahagia boleh membahagiakan orang lain. Hanya orang yang baik hati boleh bahagia. Carilah syurga, redha Allah untuk bahagia bukan cari penghargaaan manusia. Dari segi saintifik, orang yang bahagia jantungnya sihat, wave otaknya tenang, hormon baiknya ada banyak, hormon negatifnya berkurang. Sistem imun akan meningkat, kurang sakit. Setiap kali sakit, harus ingat diri itu banyak dosa, jangan salahkan orang, jangan salahkan kuman penyebab kita sakit. Sakit sebab badan lemah, sebab tak bahagia, sebab kedekut, sebab kuat marah, kuat mengumpat, merungut dan pelbagai sifat sendiri yang negatif.

Mati itu pasti.
Latihan cermin. Bangun pagi lihat diri kita. Tanya apa nak buat hari ini untuk mencegah masuk neraka. Apa nak buat hari ini untuk mendekatkan diri pada syurga. Masa berpakaian, kalau tak tutup aurat, ke mana perangai kita. Kalau orang yang ingat mati, mesti tutup aurat, mesti jaga solat. Nak tahu bahagia atau tidak lihat emosi ketika bangun tidur. Jika serabut, risau, tak tenang, tak bersyukur, agak2 dosa banyak ke tak banyak.

Ayah yang kuat marah/garang.
Ayah yang berkerja tanpa tujuan untuk membawa keluarga ke syurga maka sia2 sahaja. Tanya diri, kenapa nak marah. Marah kerana Allah atau marah kerana nafsu. Seandainya marah/tegas dengan anak kerana nak ajar anak sembahyang ke, itu tidak mengapa. Kerana marah itu berasas, tiada kompromi dalam mendidik anak-anak demi Allah. Jika marah kerana cara makan, cara pakai baju, jangan membesarkan perkara yang kecil. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang, akan menyayangi orang lain.

Ubati luka.
Bagaimana mahu merawat luka atau kesalahan pasangan/orang? Contohnya isteri yang curang. Bagaimana mahu bahagia semula dengan pasangan sebegini. Sebelum menunding jari tentang kesalahan isteri, sepatutnya lihat diri sendiri dahulu. Apa yang suami lakukan sampai tidak boleh mencegah isteri dari curang, mana kekurangannya. Cari sebab. Ilmu, penekanan akidah dan akhlak islamiah mahupun rezeki yang halal diberikan kepada isteri atau tidak. Nilai diri sendiri dahulu. Belajar memaafkan. Sangat besar nilainya memaafkan orang lain. InsyaAllah, di padang masyar kelak, Allah akan mencari di mana si polan-polan yang suka memaafkan kesalahan orang lain. Isteri yang berbuat salah harus bertaubat. Selagi masih hidup bertaubatlah. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Keluarga yang tidak ada agama dalam rumah tangga tidak akan bahagia. Islam itu membahagiakan. Lihat tv apa kita pasang, radio apa kita dengar, buku apa kita baca. Jika hati liar tak suka pada majlis ilmu, maka syaitan banyak. Macamana nak dapat kebahagiaan jika syaitan banyak. Kena lihat betapa tamakkah kita dengan ilmu yang membahagiakan kita.

Pilih isteri.
Bagi yang belum kahwin, pilih isteri yang terbaik. Ada anak-anak jadi derhaka sebab salah pilih ibu. Ibulah yang menentukan perangai anak. Ibu yang menjadi guru. Masa menyusu anak contohnya duk mengumpat orang, cerita hal orang atau tengok cerita ganas akan mempengaruhi hormon. Ibu yang bahagia akan keluarkan hormon yang baik, akan keluarkan anak yang bijak. Ibu yang asyik tertekan akan mengeluarkan hormon yang tidak baik yang menyebabkan anak-anak menjadi ganas.

Ibu yang negatif
Apa yang ibu cakap adalah doa. Ibu tak seharusnya bersikap negatif. Apa yang ibu cakap berdasarkan ilmu yang dia ada. Jika ibu negatif, lihat nenek pula. Mesti nenek pun negatif. Jadi negatif berturutan. Orang yang baik, dapat pasangan yang baik. Jika ingin betulkan orang, jadi contoh yang baik dahulu. Betulkan diri sebelum betulkan orang.

Menegur.
Bagaimana cara terbaik mahu menegur seseorang supaya tidak menyinggung perasaan? Ibu kita, keluarga kita, orang gaji mahupun orang lain. Dato' Fadzilah Kamsah kata: jika mahu menegur, mulakan dengan pujian dahulu. Kalau boleh puji sebanyak 7 kali sebelum memulakan teguran. Mesti ada akaun emosi dahulu. Beri penghargaaan, sebut kebaikan banyak-banyak. Sebut kebaikan dahulu, beri ilmu baru tegur dengan berhemah.

Taat kepada suami.
Wanita zaman sekarang ramai yang bekerja. Ada yang bersikap ego. Pasal kewangan, kalau nak jimat RM3 yang mana di dunia ni beli kuih habis makan terus. Tetapi hati suami yang menjadi ladang pahala ni dilukakan. Beri ilmu kepada isteri. Kita akan bersikap berdasarkan ilmu kita. Beri majalah yang baik, tonton rancangan yang baik. Kalau nampak orang yang teruk, jangan marah kerana orang itu tidak berilmu. Wanita jangan budget bagus walaupun gaji besar dari suami. Bersyukur ada orang nak beristerikan kita, ada orang melindungi kita dan bawa kita ke syurga. Harus rendah diri dengan suami. Bayangkan malam ni suami nak mati, bagaimana sikap kita. Perlu ingat turutan ini bagi seorang isteri: Allah-Rasul-Suami-Ibu. Jangan kerana ibu, bergaduh dengan suami. Jadi wanita solehah. Wanita solehah lebih baik dari dunia dan seluruh isinya.

2 comments:

  1. salam singgah
    tq share..bahagia yg dicari-cari

    ReplyDelete
  2. @mama sara nur
    InsyaAllah sis. Sama-samalah kita berusaha mencari bahagia! ^_^

    ReplyDelete