بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Sudah menjengah 10 hari terakhir bulan Ramadan. Diharap dapatlah kita beramal ibadah dengan lebih giat lagi sebelum menjelangnya bulan Syawal. Nampaknya entri blog bulan ni banyak menjurus pada hidangan masakan pula. Sate ayam ni memang sedap ditambah dengan kuah kacang, mak aiii meratah sate je masa berbuka..Nak buat agak leceh tapi kalau tak mulakan sampai bila-bila pun membeli di kedai saja kan. Buat sendiri puas hati boleh makan banyak-banyak.hihihi
Resepi: myr
SATE AYAM
Bahan-bahan:-
500 gram daging (hiris memanjang dan nipis)
500 gram isi ayam (hiris memanjang dan nipis) - buat 1 kg isi ayam sahaja
Bahan perap:-
*2 batang serai
*1/2 in halia
*1/2 in lengkuas
*1/2 cawan jintan manis
*1/2 cawan jintan putih
*4 ulas bawang putih
*4 ulas bawang merah
*1/2 cawan gula
Garam, serbuk kunyit dan air secukupnya
4 sudu besar sos tiram - aku letak 2 sb
4 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar minyak masak
Bahan percik:-
1/2 cawan minyak masak
4 sudu besar susu tepung- xletak
1 batang serai diketuk
Bahan lain:-
Timun
Bawang besar
Ketupat nasi
Lidi satay secukupnya - mel rendam 3-4jam sebelum digunakan
Buat 1 kg daging ayam dapat lebih kurang 70 batang.
Kaedah membuatnya aku tiru Kak Ros. Dah try terus bakar tapi lama sangat nak tunggu. Jadi aku bakar dulu dalam oven selama 15 min 180 darjah. Lidi yang direndam dulu memang tak terbakar semasa proses pembakaran dilakukan. Senang kerja coz tak perlu pantau sangat lidi semasa nak bakar!
Cara-cara:-
1. Potong isi ayam, jangan terlalu kecil atau terlalu besar, agak-agak je, biar sesuai untuk di cucuk pada lidi sate nanti. Blender halus bahan kisar (*).2. Gaul sebati ayam dengan bahan kisar tadi, dan masukkan sos tiram, kicap, garam dan minyak. Perap di dalam peti ais lebih kurang 3 jam tau lebih, ros perap semalam, baru sedap.
3. Cucuk kan pada lidi sate, dan bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 minit, jangan bakar dalam oven hingga sate menjadi perang, nanti sate akan kering, bila dah cukup 20 minit tu keluarkan dan panggang sebentar di atas dapur gas, untuk dapatkan pemukaan garing pada sate tu, baru nampak sedap bila nak makan nanti. ( hitam sikit pun takpe lagi sedap). Masa ni boleh renjis sate tu dengan bahan percik.
Kuah kacang yang sedap ada dalam entri sebelum ni. Sila klik ya. A Must Keep Recipe - Kuah Kacang!
Sedia untuk dimakan! yummm..yummm...
Video: Iklan Hari Raya Aidilfitri 2012 Bernas
Video: Iklan Hari Raya Aidilfitri 2012 Bernas
Sayu tengok Iklan Hari Raya Aidilfitri 2012 Bernas. Kita yang ada duit, ada mak ayah, ada keluarga ni pulanglah ke kampung. Ada orang di luar sana tak de semua tu.. Kalau ada perselisihan faham antara keluarga, harus diingat ajal bila-bila saja boleh tiba, jangan sampai terlambat. Selain itu, jangan takbur dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang kata ada. Semoga Ramadan dan Aidilfitri tahun ni akan ada sinar baru untuk semua orang susah mahupun anak-anak yatim. Amin
No comments:
Post a Comment