Nasi Lemak Tumis & Ayam Goreng Berempah Beriani

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Salam Ramadhan ke 7. Cepat sangat masa berlalu ni, seminggu sudah berpuasa! Apa menu berbuka hari ni ya? Kadang-kadang pening juga mau masak juadah berbuka mahupun sahur ni. Kalau tiap-tiap hari makan menu yang sama bosan juga. Menu berbuka semalam; Nasi Lemak Tumis bersama Ayam Goreng Berempah Beriani dan sedikit buah naga. Simple saja kerana berbukanya pun sorang saja. Yang menemani hanya siaran Jejak Rasul. Hubby berbuka puasa di kilang, bz kerana tuntutan kerja. Sian hubby semalam bekerja sampai 20 jam, pukul 3 pagi baru pulang. Jam 3.30 pagi dah nak sahur..Harap-harap hari ni pulang awal, dipermudahkan semua urusan. Amin. 

Meh kita layan resepi dulu. Kali pertama nasi lemak dimasak sebegini, memang sedap. Letak pewarna hijau tapi tak banyak sangat so nampak macam pudar saja. Ayam goreng berempah beriani ni dah biasa buat, cuma hari ni baru nak share. Terasa rempahnya dan serainya. Memang wangi, sedap dan menyelerakan! Sebab teringin nak makan telur masin, so rebus la. Sambal ikan bilis pun buat sikit saja. Takde kuih-kuih segala bagai sebab nak buatnya jenuh bersilat kat dapur tapi nak makannya 2 mulut saja. Sedap ke tak sedap pasti ada yang ke tong sampah sebab banyak sangat coz jiran tak berapa ada nak bagi pun! Untungla korang duk di Semananjung, ada bazaar, banyak pilihan, nak makan je leh terus g beli.Waaa...cepatla nak pulang ke Semenanjung, nak g bazaar!!Sabo..sabo..bulan puasa ni! ^^


NASI LEMAK TUMIS
Resepi: kak Jun

Bahan-bahan ( 5-6 orang ):-
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi
1 sk pewarna hijau - mel tambah

Cara-cara:-
1. Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
2. Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
3. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
4. Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
5. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI
Resepi : Dayang Jack
 
Sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
-
1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk cili
sedikit air sejuk (jika perlu)
garam dan gula secukupnya
perahan jus limau nipis ~ k.nor tambah


Bahan-bahan kisar :

6 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
4 ulas bawang putih

Cara-cara :
-
1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Pokok buah naga yang berbunga-layu-berbuah!! Alhamdulillah punya rezeki free saja dapat makan buah naga. Selamat menjalani ibadah puasa!

p.s: Gambar memang tak cantik!!Ambil pun masa nak buka puasa dah!

2 comments:

  1. seronoknya tgk pokok tu. tun kat sini tanam pokok semua mati.. kat blkg sing kwong ada bazar yg besar. aritu tun gi round. mmg meriah betul.. tp tun xtahan sgt kalau ramai2 org ni. hihi. lagi suka masak sendiri. lagi pun tahun ni ada ramai jiran, jd kalau buat kuih pun x membazir sbb blh bg ramai org =)

    ReplyDelete
  2. Mel tak tanam, maid yang tanam.Kita tau makan je..hihi..Tau kat sing kwong ada bazar tp buka lewat petang jadi kami takleh balik lambat2. Perjalanan bintulu ke rumah ambil masa hampir 2jam.Mau berbuka dalam kereta gamaknya nanti!!^^

    ReplyDelete