Hukum hakam tentang rambut

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Salam hari Jumaat yang penuh indah dan redup. Perkongsian satu lagi ilmu hasil dari tontonan rancangan Assalamualaikum TVAlHijrah sebentar tadi. Topik perbincangan mengenai hukum membotakkan kepala, mewarnakan rambut, meluruskan rambut dan menanam rambut. Topik ini lebih ditujukan untuk perempuan tapi ada kaitan dengan lelaki juga. 

 Walau apapun tindakan kita terhadap rambut, yang penting adalah niat. Hukum boleh jadi makhruh/haram jika tidak jujur dengan tujuan. Iaitu berniat yang bukan2. Jika niat untuk riak ataupun bangga dengan kecantikan rambut, maka haram hukumnya. Niat tertentu akan menyebabkan hukum berubah2.

Membotakkan Kepala
1.  Hukum membotakkan kepala bagi perempuan adalah haram!

2. Sekiranya suami menyuruh membotakkan, hukumnya tetap haram.

Mewarnakan Rambut
1. Dibolehkan untuk mewarnakan rambut dalam apa jua warna kecuali hitam tetapi seelok2nya warna inai. Bahan untuk mewarnakan rambut juga perlu diteliti supaya bahan yang digunakan halal dan tidak bertindak menyaluti rambut. Iaitu bahan yang digunakan tidak kalis/telap air. Jika bahan yang digunakan kalis air dan tidak halal, maka hukumnya haram. Ini kerana mandi wajib atau wudhuk menjadi tidak sah apabila air tidak sampai kepada anggota iaitu rambut. Pewarna terbaik adalah inai.

2. Hukum mewarnakan rambut adalah harus jika tujuan untuk berhias kerana suami atau untuk suami rasa bahagia dan lebih menyayangi isteri.

3. Masalah uban - Mewarnakan rambut dengan tujuan untuk berjihad supaya dapat menggerunkan musuh, supaya musuh tidak melihat tentera yang berperang sudah tua (beruban), hukumnya adalah harus.

4. Masalah penyakit - Contohnya kanak2 yang rambutnya telah beruban pada usia yang tidak munasabah iaitu semasa kecil. Maka hukumnya harus untuk mewarnakan rambut.

Meluruskan Rambut
1. Tindakan meluruskan rambat adalah haram kerana mengubah struktur dan kejadian asal kerana tindakan ini boleh jadi kekal

2. Hukum meluruskan rambut adalah harus jika tujuan untuk berhias kerana suami atau untuk suami rasa bahagia dan lebih menyayangi isteri.

Menanam Rambut
1.  Dalam Islam, rambut dianggap suci tidak kirala samada masih di kepala/telah dipotong dan tidak kira hidup/mati. Islam memuliakan rambut. Dilarang mengambil sebarang manfaat daripada rambut seperti menjual rambut. Dibolehkan untuk menanam rambut tetapi mesti ambil dari rambut sendiri dan pihak yang menanam rambut adalah orang yang pakar dan menjaga kebersihan.

Jika ada info yang salah, mintak diperbetulkan ya ^_^

No comments:

Post a Comment